Dihujani kecaman, Barry Keoghan tutup akaun Instagram - Utusan Malaysia

Dihujani kecaman, Barry Keoghan tutup akaun Instagram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Pelakon, Barry Keoghan, bertindak serta merta menutup akaun Instagramnya baru-baru ini.

Tindakan Bintang filem Bring Them Down itu dilakukan gara-gara kecaman yang diterimanya susulan perpisahan dengan penyanyi, Sabrina Carpenter.

“Saya hanya mampu berlapang dada dengan kutukan dan penghinaan yang dilayangkan kepada saya.

“Kebiasaannya saya akan diamkan sahaja. Tapi kali ini saya perlu bersuara kerana penghinaan yang saya terima melampau batas.

“Dan penutupan akaun Instagram adalah untuk menyekat perkara ini daripada terus mengganggu saya dan keluarga saya,” kongsinya di platform X.

Dalam perkongsian sama, Barry meluahkan rasa kesal dengan kebencian dan penipuan yang dilayangkan netizen terhadapnya.

Dia juga kesal dengan komen-komen tidak berperikemanusiaan yang ditinggalkan netizen selepas perpisahannya dengan penyanyi tersebut.

“Setiap hari saya bekerja keras untuk memberi anak saya kehidupan yang baik.

“Dan dia akan membaca semua komen-komen negatif yang dilayangkan kepada bapanya ketika dia meningkat dewasa kelak.

“Saya tak mahu itu berlaku, jadi saya berharap netizen akan lebih hormati ruang privasi kami,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya