KOTA KINABALU: Bekas Timbalan Ketua Wirawati Parti Warisan (Warisan), Jo-Anna Sue Henley Rampas tidak kisah tentang apa juga gelaran yang diberikan kepadanya susulan tindakannya keluar parti.
Dalam senario politik Sabah sendiri, banyak pemimpin yang datang bukan dari satu parti sahaja, mereka juga dari parti-parti lain. Jadi, terserah apa sahaja orang ingin gelar.
Pada masa ini, beliau ingin memberi fokus kepada pengajian Ijazah Doktor Falsafah dalam jurusan pengajian politik di Universiti Malaysia Sarawak.
Jo-Anna yang juga bekas ratu Unduk Ngadau berkata, beliau telah meletak kesemua jawatan dalam Warisan pada 2023 namun, hanya pada Ogos tahun ini, berita beliau keluar Warisan tersebar.
“Sudah dimaklumkan daripada awal bahawa saya bukan lagi ahli Warisan. Jadi sekarang, apabila ada mana-mana parti yang memanggil saya untuk memberi ceramah mengenai politik dari sudut pandangan akademik, saya akan datang.
“Namun, program politik saya memang tidak sertai mana-mana program politik,” katanya ketika ditemui hari ini.
Beliau berkata demikian semasa ditanya mengenai persepsi orang yang mengandaikan dia sebagai katak susulan keputusannya meninggalkan Warisan.
Jo-Anna pernah bertanding atas tiket Warisan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kiulu dan kerusi Parlimen Tuaran pada pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dan PRU15.
Namun, beliau kalah kepada Datuk Joniston Bangkuai di kerusi DUN Kiulu pada 2018 dan kemudian tewas kepada Datuk Seri Wilfred Madius Tangau bagi kerusi Parlimen Tuaran pada 2022. – UTUSAN