Dibelasah suami, dia berterusan mengulangi kesilapan sama - Zahnita Wilson - Utusan Malaysia

Dibelasah suami, dia berterusan mengulangi kesilapan sama – Zahnita Wilson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon dan bekas peragawati terkenal tanah air, Zahnita Wilson, 39, mengakui suaminya, Abdul Zackery Ghouse, pernah berjanji untuk tidak mengasari dirinya semasa wanita ini pernah menuntut cerai sebelum ini.

Bagaimanapun, kata Zahnita, lelaki tersebut tidak mengotakan janjinya dan kembali berterusan mengulangi kesilapan yang sama.

Enggan membiarkan diri terus menjadi mangsa, Zahnita kemudiannya nekad membuat pendedahan mengenai keganasan rumah tangga yang telah dilakukan suaminya itu kepada umum.

“Selama ini saya cuba untuk mempertahankan rumah tangga kami. Saya juga pernah minta cerai tetapi dia menjanjikan bumi dan langit.

“Tetapi tidak lama, dia ulang semula perbuatan mengasari saya. Sudah 20 tahun saya bertahan, cukuplah!

“Saya sedang menunggu wakil peguam datang dari Kuala Lumpur untuk mengambil tindakan seterusnya,” katanya.

Sementara itu, Zahnita menjelaskan dia terpaksa mendedahkan perbuatan suaminya kerana ingin mendapatkan semula anak sulungnya iaitu Zahrafeena, 17, yang kini berada bersama Zackery sejak seminggu lalu.

Pendedahan itu juga dibuat kerana mahu memberi kesedaran kepada golongan wanita yang dianiaya suami sendiri untuk bangkit dan bersuara mengenai keganasan rumah tangga.

“Selama ini saya dipukul saya ada buat laporan polis tetapi tidak ada apa-apa tindakan.

“Saya mahukan anak saya.Sudah seminggu lebih dia ambil anak saya dan saya sudah tidak tahu apa lagi nak buat. Saya terpaksa buka aib, maaf saya tidak boleh simpan lagi. Sudah 20 tahun saya bersabar.

“Sebagai wanita saya juga ingin beri kesedaran kepada semua terutamanya yang senasib dengan saya agar terus bersuara dan jangan diam,” katanya.

Terdahulu, Zahnita berkongsi foto di Instagram miliknya memaparkan bahagian mata kirinya dalam keadaan lebam selepas wanita ini mendakwa berlaku pergaduhan antaranya dengan Abdul Zackery selepas dia membangkitkan persoalan sama ada suaminya itu mempunyai hubungan dengan wanita lain.

Untuk rekod, pada 2013, Zahnita pernah memfailkan permohonan cerai terhadap suami di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor.

Zahnita mendirikan rumah tangga dengan
Abdul Zackery pada 2005 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu tiga perempuan dan seorang lelaki.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya