DEWAN NEGARA: Penghidap diabetes di Malaysia membimbangkan - PM

DEWAN NEGARA: Penghidap diabetes di Malaysia membimbangkan – PM

ANWAR Ibrahim - JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rakyat diingatkan untuk tidak memandang sambil lewa penyakit diabetes atau kencing manis yang kini penghidapnya sangat tinggi dan membimbangkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau mahu semua pihak mengambil serius mengenai saranan mengurangkan pengambilan gula.

Menurut beliau, Malaysia kini merupakan antara negara yang memiliki rakyat menghidap diabetes pada jumlah amat tinggi.

“Di peringkat negeri dulu Kelantan, kemudian Kedah sebelum Negeri Sembilan pula ambil alih. Janganlah kita berlumba-lumba untuk penyakit ini, langkah ini (kurangkan gula merupakan) cara munasabah nak elak keterlanjuran kita.

“Saya harap benda ini dianggap serius, bukan hanya (tindakan kerajaan) melalui langkah menaikkan kadar duti eksais bagi minuman bergula secara berfasa mulai Januari depan sebanyak 40 sen seliter,” katanya sewaktu membentangkan bacaan kali kedua Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 di Dewan Negara, hari ini.

Pada 25 April lalu, kerajaan dilaporkan mendedahkan negara terpaksa berbelanja hampir RM4 bilion untuk merawat kira-kira lima juta rakyat di negara ini yang be­risiko menghidap pradiabetes dan diabetes.

Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata, diabetes juga merangkumi hampir 50 peratus jumlah kos rawatan bagi menguruskan penyakit tersebut menerusi peruntukan tahunan Kementerian Kesihatan (KKM).

Terdahulu, media melaporkan, kerajaan dalam pembetangan Belanjawan 2025  mengumumkan perang terhadap gula dengan menaik­kan kadar duti eksais bagi minu­man bergula secara berfasa mu­lai 1 Januari tahun depan.

Dalam pada itu, Anwar berkata, premis makanan di dalam bangunan Parlimen dicadangkan untuk menurunkan sehingga 50 peratus kandungan gula dalam minuman dihidangkan.

“Saya cadangkan kantin di Parlimen ini kita ikut seperti apa dah dilakukan Jabatan Perdana Menteri iaitu turunkan 50 peratus kandungan gula. Ini wajar kerana ahli-ahli yang berhormat harus menjadi contoh baik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya