DEWAN NEGARA: Kerajaan teruskan usaha kukuhkan kedudukan kewangan negara

DEWAN NEGARA: Kerajaan teruskan usaha kukuhkan kedudukan kewangan negara

ANWAR Ibrahim - JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus mengimbangi usaha untuk mengukuhkan kedudukan kewangan negara supaya ia lebih mampan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan pada masa sama akan memastikan dasar fiskal tetap menyokong momentum pertumbuhan ekonomi negara.

Kata beliau, agenda pembaharuan akan dilaksanakan lebih hebat oleh kerajaan pada tahun hadapan.

Jelasnya, kerajaan yakin bahawa ekonomi negara akan terus berkembang kukuh antara 4.5 hingga 5.5 peratus.

“Ini didukung Langkah Belanjawan Madani ketiga yang akan menyusul setiap penanda aras Ekonomi Madani dengan tiga tumpuan iaitu membugar ekonomi, menjana perubahan dan mensejahterakan rakyat,” katanya di Dewan Negara, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 bagi bacaan kali kedua.

Dalam pada itu, Anwar berkata, belanjawan ketiga yang dibentangkan olehnya sebelum ini memperhebatkan usaha pembaharuan fiskal yang lebih tegas dan bersasar.

Beliau berkata, tindakan tersebut dilihat berjaya mengurangkan kadar defisit secara konsisten iaitu dari 5.5 peratus pada tahun 2022 kepada lima peratus pada tahun lalu.

Jelasnya, kerajaan menganggarkan ia menurun kepada 4.3 peratus pada tahun ini dan mengunjurkan 3.8 peratus pada tahun hadapan.

“Atau dengan erti kata lain, kerajaan berjaya mengawal jumlah hutang baharu yang kian menurun daripada sekitar RM100 bilion (2022) kepada lebih RM90 bilion (2023), seterusnya dianggar RM85 bilion (2024) dan unjuran RM80 bilion (2025).

“Pengangguran setakat September (lalu juga menunjukkan penurunan) kepada 3.2 peratus, iaitu (ia merupakan) kadar terendah sejak Januari 2020 manakala tahap inflasi (pada) Oktober lalu kekal rendah pada 1.9 peratus,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya