Dera bayi, guru taska tukar pengakuan tidak bersalah

Dera bayi, guru taska tukar pengakuan tidak bersalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Seorang guru taska yang didakwa mencubit pipi dan telinga bayi lelaki berusia 11 bulan menukar pengakuan kepada tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Tertuduh, Nur Suhadah Saharudin, 24,  mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan semula di hadapan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menganiaya mangsa hingga menyebabkan kecederaan fizikal di sebuah taska di Puncak Alam di sini, pukul 6.15 petang, 13 Disember lalu.

Justeru, Nur Suhadah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda tidak lebih RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Jumaat lalu, wanita itu mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Klang yang juga pada hari pernikahannya, namun semalam ditetapkan bagi serahan fakta kes dan jatuh hukum.

Tertuduh dibenarkan dijamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan tidak mengganggu mangsa dan mahkamah kemudian menetapkan sebutan kes pada 4 Februari 2025 bagi serahan dokumen.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan suspek mencubit pipi bayi dengan kesan cedera pada telinga l mangsa namun bukan dipial.

Siasatan awal polis mendapati suspek tiada sijil bertauliah dan ditahan pada 14 Disember lalu selepas ibu bapa mangsa mendapati kesan lebam pada pipi dan telinga kanan anak mereka.

Difahamkan, suspek memberi alasan lebam itu akibat terjatuh meja, namun penyelia taska memaklumkan ia disebabkan tindakan pekerjanya. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya