DBP terjemah karya penyair agung Turkmenistan - Anwar

DBP terjemah karya penyair agung Turkmenistan – Anwar

Anwar Ibrahim bercakap pada sidang akhbar bersama Presiden Turkmenistan, Serdar Berdimuhamedow di Putrajajaya. - UTUSAN/KAMARIAH KHALIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bersetuju dan sedang berusaha untuk menterjemahkan beberapa karya penyair agung Turkmenistan, Magtymguly Pyragy ke dalam Bahasa Melayu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Magtymguly Pyragy bukan sahaja dikenali di Turkmenistan, tetapi juga terkenal di peringkat antarabangsa.

Menurut beliau, jika karya-karya penyair agung itu diperluas, ia dapat mencerminkan komitmen terhadap keadilan, keamanan dan keperibadian luhur dalam menentang ketamakan serta penyalahgunaan kuasa.

“Sebagai tanda penghargaan terhadap negara yang hebat ini dan kepimpinan Presiden serta rakyatnya, kami ingin menyampaikan penghargaan kepada penyair ulung Turkmenistan, Magtymguly Pyragy yang kini sedang diraikan sempena ulang tahun yang ke-300 kelahirannya.

“Dan saya dengan sukacitanya ingin menyatakan bahawa DBP telah bersetuju dan sedang berusaha untuk menterjemahkan beberapa karya agung penyair tersebut ke dalam Bahasa Melayu, supaya ia lebih dikenali di sini (Malaysia),” katanya dalam sidang akhbar bersama Presiden Turkmenistan, Serdar Berdimuhamedow di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, usaha tersebut juga akan memberi makna kepada kerjasama yang komprehensif antara negara-negara Islam yang komited terhadap pembangunan dan keamanan.

“Saya amat terkesan dengan minat Presiden bukan sahaja untuk mempertingkatkan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara, tetapi juga pandangannya yang sangat menyeluruh tentang apa yang dimaksudkan dengan pembangunan, termasuk dalam bidang kebudayaan, serta usahanya untuk mempromosikan keamanan antarabangsa yang kami sokong sepenuhnya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya