DBP cadang pinda Akta 1959

DBP cadang pinda Akta 1959

MOHD. ANWAR RIDHWAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan Nota Jemaah Menteri bagi Cadangan Pindaan Akta DBP 1959 (Akta 213).

Nota tersebut telah diserahkan kepada Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 17 Oktober 2024.

Pengerusi Lembaga Pengelola, Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, Datuk Dr. Mohd. Anwar Ridhwan berkata, nota berkenaan merangkumi kronologi serta status cadangan pindaan yang memfokuskan aspek-aspek penting dan relevan.

Katanya, hal ini adalah dalam usaha memperkasakan bahasa kebangsaan sebagai tonggak pembangunan negara.

“Proses pindaan melibatkan beberapa langkah penting termasuk mendapatkan ulasan dan pandangan daripada Jabatan Peguam Negara.

“Turut dilaksanakan, perbincangan lanjut bersama Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan KPM serta pengaktifan semula Jawatankuasa Teknikal Pindaan Akta 213,” katanya dalam satu kenyataan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya