Dakwaan guna pembesar suara kuat di masjid disiasat

Dakwaan guna pembesar suara kuat di masjid perlu diteliti secara berhemah

ZULKIFLI Hasan (kanan) bersama sukarelawan Yadim menyertai gotong-royong pada Program Madani Prihatin di Sekolah Rendah Islam Al-Amin, di Kuala Nerus, Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Pihak berkuasa terlibat perlu meneliti secara berhemah dan tanpa menimbulkan ketidakselesaan masyarakat berhubung dakwaan penggunaan pembesar suara terlalu kuat ketika kuliah agama di sebuah masjid di Keramat, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Timbalan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, pihaknya mempunyai beberapa agensi berkaitan yang boleh memberi panduan termasuk penggunaan pembesar suara di masjid.

“Nanti kita siasat dan semak. Benda (isu) ni, sudah ada pihak autoriti yang ada jentera untuk lakukan (ambil) tindakan. Kita sudah ada rangka kerja dan bidang kuasa tersebut.

“Kita tak mahu ada apa-apa isu yang mengganggu gugat ketenteraman, insya-Allah kita secara berhikmah, sebaik mungkin tangani tanpa menerbitkan satu ketidakselesaan masyarakat,” katanya ketika ditemui pada Program Madani Prihatin di Sekolah Rendah Islam Al-Amin, di sini, hari ini.

Pada program itu, seramai 30 sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menyertai gotong-royong membersihkan sekolah tersebut yang terjejas banjir.

Terdahulu, seorang pengguna akaun X dalam ciapannya memuat naik beberapa video pendek berdurasi 36 saat dalam media sosial berhubung penggunaan pembesar suara terlalu kuat di sebuah masjid di ibu negara.

“Apakah aku perlu dengar ceramah kuat-kuat pasal Ina Naim kena ambik? Jujur aku buntu.

“Dah lapan aduan buat dekat Jawi sampai Jawi pun kata banyak kali dah tegur. Masih tak jalan-jalan,” katanya.

Zulkifli berkata, semua pihak termasuk masjid perlu menjaga keharmonian masyarakat walaupun dalam melakukan aktiviti keagamaan.

“Apabila buat sesuatu termasuk kebaikan, mesti ambil kira sensitiviti setempat, impak dan yang paling penting buat kebaikan tapi keharmonian antara masyarakat kita pertahankan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya