Curi kabel: Pasangan kekasih antara yang ditahan

Curi kabel: Pasangan kekasih antara yang ditahan

SAZALEE Adam (kanan) menunjukkan keratan kabel serta peralatan yang digunakan untuk mencuri kabel yang dirampas dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya, Balik Pulau, Pulau Pinang.-UTUSAN/IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU : Sepasang kekasih antara lima individu yang ditahan kerana disyaki terlibat dengan kegiatan mencuri kabel di sekitar Pulau Pinang sejak tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, kesemua suspek ditahan dalam serbuan berasingan selepas polis bertindak menyerbu sebuah kediaman di Taman Berangan, Sungai Petani, Kedah kira-kira pukul 9.30 malam, kelmarin.

Terdahulu, Sazalee berkata, polis menerima maklumat daripada orang awam berhubung satu kejadian curi kabel berhampiran sebuah stesen minyak di Sungai Nibong di sini, awal pagi Jumaat lalu.

Menurut beliau, dalam kejadian itu, polis berjaya memintas sebuah kereta jenis Proton Wira yang dipandu seorang lelaki selepas mengejarnya sejauh kira-kira tiga kilometer (km) dari stesen minyak berkenaan.

“Suspek bagaimanapun berjaya melarikan diri dengan menaiki sebuah lagi kenderaan selepas kereta yang dipandunya itu terbabas di Jalan Sultan Azlan Shah menuju ke pusat bandar George Town.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan yang ditinggalkan itu, polis kemudian berjaya merampas 60 keratan kabel, dua alat pemotong kabel, satu tukul besi serta satu pemutar skru,” katanya dalam satu sidang akhbar, hari ini.

Dalam pada itu, Sazalee berkata, kesemua tangkapan didapati positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine selepas satu ujian saringan air kencing dijalankan.

“Kesemua suspek kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya yang memberitahu, polis bagaimanapun masih memburu sekurang-kurangnya tujuh individu lain bagi membantu siasatan berhubung kegiatan berkenaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya