Cekup ular sawa albino berhampiran lampu isyarat - Utusan Malaysia

Cekup ular sawa albino berhampiran lampu isyarat

Cekup ular sawa albino berhampiran lampu isyarat
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pulau Pinang berjaya menangkap seekor ular sawa albino sepanjang 4.26 meter dengan berat hampir 30 kilogram (kg) di Jalan Macalister di sini, hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Timur Laut, Kapten (PA) Muhammad Aizat Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira pukul 8 pagi tadi mengenai penemuan ular sawa jenis ‘reticulated pyton albino’ itu yang berada berhampiran lampu isyarat di jalan berkenaan.

“Tiga orang anggota terus ke lokasi kejadian dan 40 minit kemudian ular sawa berkenaan berjaya ditangkap.

“Daripada penelitian awal, ular ini bukan haiwan yang dibela, namun, ia adalah ular sawa tempatan tapi daripada jenis albino,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurut Muhammad Aizat, pada mulanya, anggota APM menghadapi kesukaran untuk menangkap ular tersebut kerana haiwan itu cuba lari ke dalam lubang.

“Namun, selepas beberapa kali cubaan dibuat, ular terbabit akhirnya berjaya ditangkap dan  dibawa keluar dari lubang berkenaan dengan selamat.

“Reptilia itu seterusnya akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar (Perhilitan) untuk tindakan lanjut,” katanya. – UTUSAN

 

caption:

DUA anggota APM Pulau Pinang cuba menangkap seekor ular sawa albino berhampiran lampu isyarat di Jalan Macalister, George Town, Pulau Pinang.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya