Cari bekalan lembu korban sampai ke Perak

Cari bekalan lembu korban sampai ke Perak

TERNAKAN lembu yang diusahakan Mohammad Afiqzul Mohammad Azri di Kampung Sungai Tiang Darat di Bagan Datuk mendapat tempahan dari Kelantan dan Terengganu. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN DATUK: Banjir di Kelantan dan Terengganu yang menjejaskan ternakan lembu di negeri itu menyebabkan pembekal haiwan tersebut terpaksa membuat tempahan daripada penternak di Perak.

langkah itu sebagai persediaan awal bagi memenuhi permintaan tinggi menjelang Hari Raya Aidiladha nanti untuk menjalani ibadah korban.

Seorang penternak lembu di Kampung Sungai Tiang Darat di sini, Mohammad Afiqzul Mohammad Azri, 32, berkata, walaupun hari raya korban disambut pada Jun depan, dia sudah mula menerima tempahan untuk lembu korban.

“Saya tak sangka ada pembekal dari Kelantan dan Terengganu yang membuat tempahan lembu korban. Mereka bukan pelanggan tetap saya cuma mereka mengetahui saya membela lembu daripada kawan-kawan.

‘Mereka kata banyak lembu ternakan yang mati akibat banjir di kedua-dua negeri itu dan keadaan itu mungkin menyebabkan bekalan untuk lembu korban terjejas, jadi mereka mencari bekalan lembu hingga ke negeri ini.

“Saya akan cuba membekalkan tempahan yang dibuat dan diharap ini dapat membantu pembekal di kedua-dua negeri terjejas banjir mendapat bekalan yang mencukupi untuk ibadah korban,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Sementara itu, seorang pembekal lembu dari Pasir Mas, Kelantan, Mohamad Nordin Mat Desa, 67, berkata, dia membuat tempahan awal bagi memastikan pelanggan memperoleh tempahan yang dibuat untuk Aidiladha nanti.

“Kalau ikutkan Aidiladha memang lambat lagi tetapi saya awal-awal lagi mencari penternak yang boleh membekalkan lembu untuk korban pada Jun depan.

“Saya sudah menerima tempahan daripada penduduk di Kelantan dan saya berusaha memenuhi tempahan mereka dengan memastikan bekalan mencukupi sehingga sanggup datang ke sini.

“Permintaan lembu untuk korban kali ini agak tinggi, setakat ini sudah mencecah sehingga 80 ekor,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya