Calon SPM maut tidak sempat duduki ujian lisan

Calon SPM maut tidak sempat duduki ujian lisan

KEADAAN motosikal mangsa yang remuk pada bahagian depan selepas melanggar tembok batu di Jalan Kilang Berapi, Merlimau, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Hasrat seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengambil ujian lisan tidak kesampaian apabila motosikal ditunggangnya terbabas dan melanggar tembok batu di Jalan Kilang Berapi, Merlimau di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu, mangsa, Adib Irfan Mohd. Nizam, 17, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada badan.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal Yamaha 135LC dalam perjalanan dari Umbai menuju ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum untuk menduduki peperiksaan.

“Setiba di lokasi, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikal lalu terbabas sebelum melanggar tembok batu di bahu jalan. Impak pelanggaran menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah pada badan dan disahkan meninggal dunia di lokasi.

“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Jasin untuk proses bedah siasat,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya