Calon PRU16 tidak perlu ikut hierarki

Calon PRU16 tidak perlu ikut hierarki

MUHAMMAD Akmal Saleh (tengah) bertanya khabar mangsa banjir di Kampung Jeram Hulu dekat Kuala Nerus, Terengganu hari ini. - UTUSAN KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Calon yang ditampilkan dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) tidak perlu mengikut hierarki di setiap kepemimpinan bahagian UMNO sebaliknya mesti mempunyai ciri ‘WALI’.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, WALI merujuk kepada ciri calon yang boleh menang, diterima dan disukai.

Katanya, soal umur tidak timbul dalam UMNO kerana ciri yang paling penting adalah calon itu mesti dekat di hati rakyat dan boleh menang di kawasan tersebut.

“Sebab itu sering saya tekankan agar pemilihan calon tidak mengikut hierarki dalam kepemimpinan bahagian. Kalau calon itu berada di kedudukan ke-10 hierarki pun, namun dia sangat disukai diterima rakyat, apa salahnya dia yang menjadi calon nanti.

“Kalau calon itu calon muda, calon WALI, dekat di hati rakyat dan bekerja sangat baik, boleh teruskan tapi kalau masih ada calon senior yang diterima pun, kita tidak kisah asalkan boleh jadi yang berkhidmat kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai hasrat Presiden UMNO, Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang ingin menampilkan lebih ramai calon muka baharu anak muda pada PRU16, sebagai satu daripada lima langkah yang digariskan untuk memperkukuh parti bagi meraih sokongan rakyat.

Terdahulu, Muhamad Akmal turun padang menyantuni mangsa banjir di Kampung Jeram Hulu dekat Kuala Nerus dan menyampaikan bantuan sumbangan kepada mereka.

Ditanya mengenai dakwaan yang tular dalam media sosial kononnya jentera Pemuda UMNO dilihat tidak begitu menonjol berbanding Pemuda Pas dalam banjir di Terengganu kali ini pula, beliau berkata perkara itu tidak diadili secara tepat oleh netizen. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya