Cabaran Joran Melaka Tasik Ayer Keroh tawar RM30,000

Cabaran Joran Melaka Tasik Ayer Keroh tawar RM30,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Hadiah wang tunai berjumlah RM30,000 menanti pemenang dalam Cabaran Joran Melaka 2024 di Tasik Ayer Keroh di sini, pada 22 Disember ini.

Jurucakap penganjur, Rosli Yahya berkata, pertandingan anjuran bersama Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Jabatan Ketua Menteri Melaka dan disokong Tourism Malaysia itu bagi memeriahkan Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024 yang akan menutup tirai hujung tahun ini.

Menurutnya, ia menawarkan hadiah wang tunai RM7,000 kepada pemenang tempat pertama, RM2,000 (tempat kedua) dan RM1,000 (tempat ketiga).

“Bagi pemenang tempat keempat hingga ke-10 akan mendapat RM200, tempat ke-11 hingga ke-20 menerima RM150 dan tempat ke-21 hingga 100 masing-masing mendapat RM100.

“Pertandingan ini terbuka kepada semua kaki pancing sama ada dari negeri ini atau luar dan kita menyasarkan kira-kira 700 peserta akan mengambil bahagian pada acara yang akan bermula pukul 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari,” katanya ketika ditemui.

Tambah Rosli, selain wang tunai, pemancing juga berpeluang membawa pulang beberapa hadiah cabutan bertuah termasuk sebuah televisyen dan 10 kotak pancing.

“Bagi mereka yang berminat boleh mendaftar awal, kaunter akan dibuka pada Sabtu dari pukul 4 petang hingga 7.00 malam dan pada hari pertandingan dari pukul 8.30 hingga 10 pagi,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya