CAAM laksana audit ad hoc atasi masalah teknikal penerbangan

CAAM laksana audit ad hoc atasi masalah teknikal penerbangan

SESI bergambar bersama Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Norazman Mahmud (empat hadapan, dari kiri) dan kesemua agensi media yang hadir pada sesi perkongsian tinjauan industri penerbangan pada tahun 2025 dan majlis makan tengahari bersama media di Four Seasons Hotel Kuala Lumpur di sini hari ini. UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) telah melaksanakan audit ad hoc terhadap syarikat penerbangan bagi menangani isu-isu teknikal yang berlaku di lapangan terbang.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CAAM, Datuk Norazman Mahmud berkata, langkah itu diambil untuk mengatasi sebarang masalah teknikal, termasuk insiden kapal terbang berpatah balik yang dilaporkan semakin kerap berlaku kebelakangan ini.

Jelas beliau, audit tersebut dilakukan sebagai tambahan kepada audit tahunan yang lazimnya dijalankan bagi memastikan kelancaran dan keselamatan operasi penerbangan.

“Kami telah laksanakan audit ini sejak Jun lalu. Setiap bulan, laporan mengenai tindakan pembetulan yang diambil oleh syarikat penerbangan akan disampaikan kepada menteri melalui mesyuarat pasca Kabinet.

“Kami juga menerima laporan setiap dua minggu untuk memastikan pelaksanaan pelan tindakan berjalan lancar,” katanya kepada pemberita selepas sesi perkongsian “A Look Into The Aviation Industry in 2025” di sini, hari ini.

Menurut beliau, antara langkah pembetulan yang diambil termasuk pengurangan kapasiti penerbangan buat sementara waktu bagi memberi ruang kepada proses penyelenggaraan pesawat.

“Syarikat penerbangan juga sedang giat merekrut jurutera penyelenggaraan untuk memastikan aliran tenaga kerja yang stabil dan mencukupi.

“Proses ini sedang berjalan dengan baik dan CAAM terus memantau setiap langkah yang diambil oleh syarikat penerbangan. Jika terdapat keperluan tambahan, kami bersedia menjalankan audit semula,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa isu ini bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi juga memberi kesan kepada industri penerbangan di seluruh dunia.

“Masalah rantaian bekalan global telah menjejaskan bukan sahaja syarikat penerbangan di Malaysia, tetapi juga syarikat penerbangan lain di peringkat antarabangsa. 

“Ini adalah cabaran besar yang sedang dihadapi oleh industri secara keseluruhan,” katanya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya