Buruh menangis dilepas, bebaskan dari tuduhan merogol

Buruh menangis dilepas, bebaskan dari tuduhan merogol

MOHAMAD Syukri Ahmad Zani (kiri) bersalaman dengan Shaharuddin Mohamad selepas dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan merogol seorang remaja perempuan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan, hari ini. - UTUSAN/ ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang buruh menangis selepas dilepas dan dibebaskan dari tuduhan merogol seorang remaja perempuan tiga tahun lalu oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Hakim Zulkifli Abllah membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie ke atas terhadap tertuduh, Mohamad Syukri Ahmad Zani, 22, di akhir kes pendakwaan.

“Mahkamah membuat keputusan selepas mendapati perbuatan itu berlaku secara sukarela dan bukannya paksaan. Oleh itu, tertuduh dilepas dan dibebaskan dan wang jaminan dikembalikan,” kata Zulkifli semasa membaca alasan penghakimannya.

Mengikut pertuduhan, Mohamad Syukri didakwa merogol seorang remaja yang ketika kejadian berusia 18 tahun enam bulan di sebuah rumah di Kuala Krai dekat sini pada waktu tengah hari, September 2021. 

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Kamarul Hasyime Rosli manakala tertuduh diwakili oleh peguam bela, Shaharuddin Mohamad. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya