Buruh maut kereta rempuh Isuzu Dmax

Buruh maut kereta rempuh Isuzu Dmax

KEADAAN Proton wira yang terlibat kemalangan meragut satu nyawa di Kilometer 63 Jalan Kota Bharu – Kuala Terengganu dekat Chalok Kedai di Setiu, Terengganu. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU: Seorang buruh maut selepas kereta Proton Wira yang dipandunya merempuh Isuzu Dmax di Kilometer 63 Jalan Kota Bharu – Kuala Terengganu dekat Chalok Kedai, di sini malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Setiu, Superintenden Mohd. Zain Mat Dris berkata, kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu mengakibatkan Mohd. Fairul Azwa Ramli, 34, meninggal dunia di lokasi kemalangan akibat kecederaan parah d ibahagian badan. 

Katanya, nahas itu juga menyebabkan penumpang hadapan kereta sama, Nor Azmi Daud, 46, cedera parah. 

“Kejadian berlaku semasa Proton Wira yang dipandu mangsa dalam perjalanan dari Bandar Permaisuri ke Kuala Terengganu manakala pacuan empat roda itu pula dalam perjalanan untuk keluar dari simpang rumahnya menuju ke jalan utama. 

“Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku semasa Isuzu Dmax yang sampai di tempat kejadian keluar secara mengejut dari simpang rumahnya untuk ke jalan utama, lalu dilanggar Proton Wira di laluan Kota Bharu – Kuala Terengganu,” katanya hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya