Bukit Aman gempur operasi parkir haram di Bukit Bintang

Bukit Aman gempur operasi parkir haram di Bukit Bintang

ANTARA lelaki ditahan dipercayai terbabit dengan sindiket parkir haram di sekitar Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. - IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis menahan tujuh lelaki dipercayai terbabit dengan sindiket parkir haram di sekitar Jalan Bukit Bintang di sini pada Rabu lalu.
Serbuan Op Parkir Haram kira-kira pukul 10 malam itu dijalankan sepasukan Unit Risikan Operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman.

Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, Op Parkir Haram itu bertindak menahan tujuh lelaki warga India berusia lingkungan 36 hingga 55 tahun.

Katanya, kesemua tangkapan itu ditahan di empat lokasi berasingan di sekitar Bukit Bintang di sini.

“Polis telah merampas wang tunai berjumlah RM445 dipercayai hasil daripada aktiviti parkir haram.

“Siasatan mendapati kegiatan parkir haram ini dipercayai dilakukan bersindiket dan mengenakan caj parkir sekitar RM10 hingga RM15 ke atas setiap kenderaan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, sindiket ini akan melambai tangan ke arah beberapa kenderaan sebelum menawarkan parkir dengan caj bayaran.

“Kesemua tangkapan telah dibawa ke JSPT Kuala Lumpur untuk siasatan mengikut Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.– UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya