Budak lemas mandi kolam renang di Kemaman

Budak lemas mandi kolam renang di Kemaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun lemas ketika mandi di kolam renang di sebuah hotel di daerah ini, petang semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden Wan Muhamad Wan Ja’afar berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Kemaman kira-kira pukul 8.20 malam tadi.

Katanya, sebelum kejadian, mangsa bersama ahli keluarganya yang berasal dari Pahang, tiba di hotel tersebut kira-kira pukul 3.30 petang untuk bercuti sebelum ke kolam itu untuk mandi kira-kira pukul 5.30 petang.

“Bapa mangsa yang berusia 47 tahun mendakwa, ketika sedang mandi bersama-sama ahli keluarganya, tiba-tiba menyedari anaknya hilang dari pandangan. Dia yang panik kemudian mencari anaknya sebelum menemukannya berada di dasar kolam berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya hari ini.

Wan Muhamad berkata, lelaki itu membawa anaknya ke Hospital Kemaman untuk menerima rawatan, namun disahkan meninggal dunia tiga jam selepas kejadian.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan kita nasihatkan ibu bapa supaya sentiasa menjaga keselamatan anak ketika bermain air di kolam renang bagi mengelak kejadian sama berulang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya