Budak lapan tahun perlu dana RM85,000 rawat sakit jantung

Budak lapan tahun perlu dana RM85,000 rawat sakit jantung

PUTERI Lina Anati (dua dari kiri) bersama bapanya, Shariff Abdul Rahman (kiri) ketika datang ke pejabat One Hope Charity and Welfare di Bukit Mertajam, Pulau Pinang untuk memohon mengumpul dana sebanyak RM85,000 daripada orang ramai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Penghidap penyakit jantung kongenital, memerlukan bantuan dana orang ramai sebanyak RM85,000 untuk segera menjalani pembedahan.

Pengerusi badan amal, One Hope Charity and Welfare, Datuk Chua Sui Hau berkata, Puteri Lina Anati Shariff, 8, asal Gerik, Perak itu didiagnosis masalah ‘tetralogi fallot’ (TOF), sejenis kecacatan jantung selepas mengalami sesak nafas dan badan kebiruan sebaik sahaja dilahirkan.

Katanya, menurut doktor, Puteri Lina Anati yang lahir semasa usia kandungan lapan bulan itu sudah menjalani satu pembedahan dua tahun lalu iaitu semasa berusia enam tahun.

“Ketika itu dia mengalami ‘dyspnea’ (sesak nafas) dan sianosis (kebiruan) sebelum didapati mengalami masalah kardiovaskular yang semakin teruk dan perlu pembedahan segera.

“Namun, ketika pemeriksaan baru-baru ini, doktor memaklumkan bahawa pembedahan kali kedua perlu dibuat segera bagi membaiki TOF,” katanya di sini, hari ini.

Sui Hau berkata, keluarga kanak-kanak itu berdepan masalah apabila tidak mampu membiayai kos pembedahan yang dijadualkan pada 19 Disember ini.

“Kami berbesar hati membantu mengumpul dana sebanyak RM85,000 itu kerana bapa kepada kanak-kanak ini iaitu Shariff Abdul Rahman, 53, hanya bekerja sebagai buruh dengan pendapatan sekitar RM500 sebulan manakala ibunya pula sudah meninggal dunia dua tahun lalu,” katanya yang memberitahu, Puteri Lina Anati kini dijaga oleh ibu saudaranya.

Sumbangan boleh dihulurkan menerusi akaun Public Bank Berhad atas nama One Hope Charity & Welfare (nombor akaun: 3201428817) atau layari onehopecharity.org atau hubungi talian hotline, 04-539 9212, 016-4192 192, 019-2322 192, 018-911 4192 untuk pertanyaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya