Bomba siap siaga hadapi banjir gelombang kedua 

Bomba siap siaga hadapi banjir gelombang kedua 

NOR Mahathir Muhammad memeriksa  perbarisan kehormat pada Majlis Perbarisan Kehormat Pengarah JBPM Negeri Terengganu di Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU:  Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu bersiap siaga menghadapi banjir gelombang kedua  dengan kekuatan kira-kira 900 anggota dan pegawai di negeri ini.

Pengarahnya, Nor Mahathir Muhammad berkata, JBPM Terengganu menyusun keperluan termasuk logistik dan sumber manusia bagi memastikan kelancaran operasi pemindahan, menyelamat dan penghantaran bantuan.

“Banjir gelombang kedua Monsun Timur Laut (MTL) dijangka bermula 8 hingga 12 Disember ini. Terengganu dijangka menerima beberapa siri hujan lebat dalam tempoh itu.

“Dari segi persiapan kita mempunyai 624 anggota tetap dan dibantu lebih 200 bomba sukarela. Kekuatan aset kita telah tingkatkan yang mana kita dapat bantuan dari pengkalan hadapan Wakaf Tapai,” katanya selepas menghadiri  Majlis Perbarisan Kehormat Pengarah JBPM Negeri Terengganu di sini, hari ini.

Nor Mahathir memulakan tugas sebagai Pengarah JBPM Terengganu bermula hari ini, menggantikan Hassan ‘As’ari Omar.

Pada masa sama, Nor Mahathir berkata, JBPM telah menjalankan empat siri operasi menyelamat sepanjang tempoh MTL  yang bermula November lalu.

“Saya menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dan peka dengan perubahan cuaca serta peningkatan air di kawasan masing-masing,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya