KOTA BHARU: Semua keperluan aset dan logistik melibatkan Jabatan Bomba dan Malaysia (JBPM) siap sedia untuk digerakkan bagi menghadapi gelombang kedua dan ketiga banjir di Kelantan.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, aset itu melibatkan sebanyak 62 unit bot, 46 unit kenderaan jenis pikap, 12 unit lori, sembilan kenderaan unit bantuan perkhidmatan kecemasan (EMRS) serta helikopter.
Katanya, selain itu seramai 1,393 pegawai dan anggota bomba termasuk bomba bantuan dan sukarela yang menjalankan tugas sepanjang banjir yang berlaku di Kelantan.
“Secara keseluruhan persiapan itu amat memadai dan teratur serta bersiap sedia bagi menghadapi gelombang seterusnya,” katanya dalam sidang akhbar ketika Program Lawatan Turun Padang Operasi Banjir Monsun Timur Laut (MTL) Negeri Kelantan di Ibu Pejabat Balai Bomba dan Penyelamat Kelantan di Tunjong, di sini hari ini. – UTUSAN