Bomba berjaya pujuk wanita cuba terjun bangunan

Bomba berjaya pujuk wanita cuba terjun bangunan

WANITA yang diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di sebuah rumah pangsa di Taman Sri Endah, Kuala Kumpur, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kecekapan pasukan bomba berjaya menyelamatkan seorang wanita berusia 33 tahun yang mahu terjun dari tingkat empat sebuah rumah pangsa di Taman Sri Endah, Kuala Lumpur, kelmarin.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur, panggilan kecemasan diterima pada pukul 11.59 pagi, sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jalil dikerahkan ke lokasi bersama sebuah jentera penyelamat dan tujuh anggota.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK I) Rosmawi Ismail berkata, setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, mereka mendapati wanita tersebut berada dalam keadaan mencemaskan di tingkat empat bangunan berkenaan. 

“Anggota kami segera mengambil pendekatan memujuk mangsa dengan penuh sabar dan berhati-hati, memastikan dia berasa tenang dan tidak melakukan tindakan yang membahayakan nyawanya. 

“Selepas beberapa minit usaha memujuk, mangsa akhirnya bersetuju untuk turun dan dibawa ke tempat selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Jelasnya, wanita tersebut kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya