BNM untung 36 sen dari caj RM1 sistem MEPS?

BNM untung 36 sen dari caj RM1 sistem MEPS?

BNM untung 36 sen dari caj RM1 sistem MEPS?
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) mendakwa Bank Negara Malaysia (BNM) menerima 36 sen daripada setiap caj RM1 bagi pengeluaran tunai antara bank melalui Sistem Pembayaran Elektronik Malaysia Sdn. Bhd. (MEPS).

Menurut NUBE, jumlah yang diterima BNM ini lebih tinggi berbanding 11 bank komersial lain yang turut terlibat.

Katanya, BNM sepatutnya berperanan sebagai pengawal selia dan pelindung rakyat dan bukannya sebagai entiti yang mencari keuntungan.

“Ini menimbulkan konflik kepentingan yang jelas, di mana pengawal selia mendapat keuntungan daripada sistem yang mengeksploitasi mereka yang sepatutnya dilindungi.

“Selama lebih daripada 27 tahun, caj RM1 bagi pengeluaran tunai antara bank melalui ATM (MEPS) telah membebankan jutaan rakyat Malaysia, terutamanya pekerja berpendapatan rendah dan golongan B40 yang sangat bergantung kepada transaksi tunai.

“Walaupun caj ini kelihatan kecil, ia terkumpul menjadi jumlah yang signifikan RM3 seminggu, RM156 setahun wang yang sepatutnya boleh digunakan untuk keperluan asas seperti makanan atau peralatan sekolah,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, NUBE juga menggesa penghapusan segera caj RM1 bagi pengeluaran tunai antara bank melalui mesin pengeluaran automatik (ATM) MEPS oleh PayNet, BNM dan 11 bank pemegang saham iaitu Maybank, CIMB, Public Bank, RHB, Hong Leong Bank, Bank Islam, Bank Muamalat, Affin Bank, AmBank, Alliance Bank, dan Bank Rakyat.

Justeru itu, NUBE mengerakkan tandatangan sebagai bantahan caj pengeluaran RM1 itu.

“Caj ini bukan sekadar beban kewangan dan ia adalah satu ketidakadilan. Bersama-sama, kita boleh menuntut kebertanggungjawaban dan keadilan.

“Tandatangani petisyen ini untuk menunjukkan sokongan anda dan sertai gerakan #HapusCajRM1. Setiap tandatangan membawa kita lebih dekat kepada keadilan,” katanya.

Terdahulu, sepanjang dilancarkan kempen tersebut, seramai 350 orang telah menandatangani petisyen tersebut bagi menghapuskan caj RM1 di ATM.

Pada 2023, Payments Network Malaysia Sdn. Bhd. (PayNet) meraih untung kasar RM544 juta dan untung bersih RM271 juta dan dilaporkan mengekalkan keuntungan terkumpul dari tahun terdahulu berjumlah RM1.43 bilion serta memiliki aset RM2.1 bilion. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya