Bimbang rumah musnah kali kedua

Bimbang rumah musnah kali kedua

RAJA Kamarudin Raja Mohamed menunjukkan sisa bilik mandi berhampiran kediaman baharunya selepas rumah lamanya musnah dihanyutkan arus banjir di Kampung La, Besut, Terengganu, dua tahun lalu. -UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Meskipun sudah dua tahun kejadian rumahnya musnah dihanyutkan arus banjir, seorang warga emas mengakui masih berasa bimbang ia berulang setiap kali kedatangan musim tengkujuh.

Raja Kamarudin Raja Mohamed, 60, berkata, kejadian itu kembali terbayang di matanya selepas rumahnya di Kampung La, Hulu Besut sekali lagi dilanda banjir pada Khamis lepas.

“Ketika berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Kampung La, hati saya tidak tenang memikirka keadaan rumah yang ditenggelami banjir.

“Meskipun rumah yang dahulunya separa kekal diganti dengan rumah jenis kekal sepenuhnya, saya masih bimbang kejadian sama berulang,” katanya ketika ditemui di Kampung La di sini.

Menurut Raja Kamarudin, dia mengambil masa kira-kira dua tahun untuk membina kembali rumah baharu selepas kejadian rumah pusaka yang didiami bersama isteri dan lima anak musnah pada Disember 2022.

Katanya rumah tersebut dibina dua tingkat sebagai persediaan menghadapi banjir yang saban tahun melanda kampung itu.

“Rumah yang sedia ada sekarang ini dibina sendiri dengan hasil sumbangan orang ramai dan wang simpanan. Saya membinanya secara berperingkat selama dua tahun,” katanya.

Katanya, paras air banjir kali ini sedalam dua meter menyebabkan bahagian bawah rumahnya ditenggelami air sepenuhnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya