Bimbang cicir pengajian punca pelajar Malaysia tidak pulang 

Bimbang cicir pengajian punca pelajar Malaysia di Syria pilih tidak pulang 

ZULKIFLI WAHIJAN 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Pertubuhan kebajikan Muslim Care Malaysia (Muslim Care) mendedahkan, kebanyakan pelajar Malaysia di Syria memilih  tidak pulang ke tanah air berikutan risau mereka  tercicir pengajian.

Presidennya, Zulkifli Wahijan berkata, maklumat itu diperoleh selepas Muslim Care berkomunikasi dengan beberapa pelajar terbabit pada hari Bashar al-Assad melarikan diri dari negara berkenaan.

“Kebanyakan pelajar kita tinggal di kawasan selamat dalam Kota Damsyik. Sekumpulan pelajar memang tinggal di asrama yang disediakan Kerajaan Syria manakala sebahagian lagi menyewa beberapa rumah di ibu kota itu.

“Boleh dikatakan mereka semua mengambil langkah tidak keluar rumah sepertimana disarankan oleh kerajaan Syria dan Kedutaan Malaysia,” katanya selepas Majlis Penerimaan dan Pengagihan Bantuan Banjir Daripada Felda Golden Ventures (FGV) Berhad di Dewan Bunga Raya Pantai Seri Tujuh, di sini hari ini.

Zulkifli memberitahu, pelajar-pelajar Malaysia yang dihubungi turut memaklumkan, Kerajaan Syria dan Kedutaan Malaysia menasihatkan supaya mengelak daripada memasuk bandar al-Sayeda Zainab yang sering menjadi lokasi serangan.

“Mereka (pelajar Malaysia) juga sempat berkongsi video-video semasa serangan dan kejadian tembak-menembak namun berpesan agar ia tidak disebar luaskan atas faktor keselamatan,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya