Bicara kes Ebit Lew disambung hari ini

Bicara kes Ebit Lew disambung hari ini

EBIT Lew semasa menghadiri perbicaraan kes gangguan seksual di Mahkamah Majistret Tenom semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TENOM: Perbicaraan kes gangguan seksual membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew, 39, bersambung semula hari ini di Mahkamah Majistret Tenom.

Ebit berhadapan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi Whatsapp yang didakwa berlaku di daerah Tenom antara 29 Mac hingga 18 Jun 2021.

Atas kesalahan itu, Ebit didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.

Dakwaan terhadap Ebit dilakukan susulan laporan polis yang dibuat oleh mangsa, seorang wanita berusia 40-an pada 7 Ogos 2021.

Setakat ini, 11 saksi telah dipanggil oleh pihak pendakwaan termasuk pendakwah, Firdaus Wong Wai Hung; Mohd. Fairuz Abu atau dikenali sebagai Akhi Fairuz Al-Jengkawi; Asisten Superitendan Salwani Mohd. Hadzir; Asisten Superitendan Siti Nooraini Mohd. Sahid; Asisten Superitendan Norfazliyani Zolkapeli; Superitendan Hirdawati Isa dan Asisten Superitendan Latifah Abdul Aziz, pengadu, Koperal Shahrul Sanudin dan Koperal Husnni Haris Ramli @ Fauzi.

Perbicaraan dilakukan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani dan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria dan Analia Kamaruddin.

Sementara itu, Ebit diwakili Peguam Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki dan Timothy Daut dan Mohd. Syarulnizam Salleh Keruak.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya