KUALA TERENGGANU: Situasi banjir di Terengganu semakin menunjukkan tanda pemulihan apabila mangsa berkurangan kepada 14,294 orang daripada 3,580 keluarga setakat pukul 8 pagi ini.
Daerah Besut yang paling teruk terjejas banjir baru-baru ini juga pulih sepenuhnya apabila semua mangsa pulang ke rumah masing-masing petang semalam.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu memaklumkan, daerah Kemaman juga hampir pulih dengan mangsa hanya 13 orang daripada empat keluarga di satu PPS pagi ini.
Katanya, ketika ini terdapat hanya 59 pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di tujuh daerah. – UTUSAN