Beruang sesat masuk kampung ditangkap

Beruang sesat masuk kampung ditangkap

SEEKOR beruang matahari seberat 120 kilogram ditangkap di Kampung Kubang Ikan, Besut, Terengganu, semalam. - UTUSAN / WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Seekor beruang matahari yang tersesat berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di Kampung Kubang Ikan di sini, semalam.

Pengarah Perhilitan Terengganu, Loo Kean Seong berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung kehadiran beruang itu di Kampung Gong Badang, kira-kira pukul 8.30 pagi.

“Anggota mengesan haiwan tersebut bergerak sehingga ke Kampung Kubang Ikan. Beruang jantan seberat kira-kira 120 kilogram itu ditangkap  kira-kira pukul 2 petang melalui tembakan pelali oleh pihak Perhilitan,” katanya hari ini.

Menurutnya, haiwan tersebut dipindahkan ke habitat asal pada hari sama ia adalah tangkapan ke 20 pada tahun ini.

Sementara itu, seorang pekebun berkongsi detik cemas bertembung dengan seekor beruang matahari berkenaan di Kampung Kubang Ikan.

Muhammad Amimutmi Safie, 26, berkata, dia terserempak dengan haiwan liar itu kira-kira pukul 9 pagi ketika dalam perjalanan ke ladang kelapa sawit.

“Ketika melalui kawasan sawah saya terlihat seekor beruang sedang melintas jalan dan saya yang menunggang motosikal berhenti pada jarak kira-kira 100 meter bagi mengelakkannya terkejut.

“Saya kemudian merakam video dan menghantarnya ke kumpulan WhatsApp kampung agar penduduk kampung berhati-hati,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN