Bersatu Sabah tuntut kembalikan hak 40 peratus pendapatan negeri

Bersatu Sabah tuntut kembalikan hak 40 peratus pendapatan negeri

bersatu
RONALD KIANDEE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Bersatu Sabah akan menuntut 40 peratus pendapatan negeri itu dikembalikan di bawah Perjanjian Malaysia 1963, jika Perikatan Nasional (PN) membentuk Kerajaan Pusat selepas Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16).

Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, berdasarkan Perkara 112C Perlembagaan Persekutuan, sebanyak 40 peratus pendapatan dari Sabah perlu dipulangkan ke negeri itu bagi tujuan pembangunan, namun perkara tersebut tidak dilaksanakan oleh kerajaan pada hari ini.

“Tiada Kerajaan Persekutuan yang mahu hormat perlembagaan Perkara 112, sebab itu bila saya dengar ucapan Tan Sri (Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin) semalam, sentuh tentang Sabah adalah rakan kongsi bentuk Malaysia dan hak negeri di bawah MA63 akan dihormati sepenuhnya, saya kata itu tidak cukup. 

“Kita mahu komitmen yang lebih jitu dari PN 2.0 terhadap MA63. saya mahu kerajaan hormati dan laksanakan MA63 melalui Perkara 112C, ini adalah perkara yang termaktub dalam Perlembagaan.

“Saya minta sokongan kalau kita wujudkan PN sebagai kerajaan melalui PRU akan datang, biarkan kita menjadi kerajaan yang hormat perlembagaan. Itu akan bezakan kita dengan parti lain,” katanya dalam ucapan penangguhan pada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu di IDCC Shah Alam di sini, hari ini. 

Dalam pada itu, Ronald turut mengingatkan seluruh akar umbi parti agar tidak hanya mengharapkan gelombang untuk menang pada PRU akan datang. 

“Macam mana nak menang kalau harap kepada gelombang? Kita akan jadi rumah tumpangan. Bila kalah di Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai, PRK Mahkota kita katakan itu bukan kerusi kita, tetapi kerusi parti lawan. 

“Tetapi kalah di PRK Nenggiri, apa alasan kita? Kerusi kita, calon kita, wakil rakyat parti kita tetapi kalah. Sebab itu bila kalah, tiada alasan lagi, sebab puncanya kita harapkan gelombang.

“Banyakkan cawangan, tarik orang UMNO, PKR, DAP masuk Bersatu, jangan harap gelombang sahaja supaya akhirnya kita boleh tawan Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Putrajaya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya