Bersatu desak Anwar gugurkan Hannah dalam Kabinet

Bersatu desak Anwar gugurkan Hannah dalam Kabinet

HANNAH YEOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Bersatu mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menggugurkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh daripada barisan Kabinetnya atas
pengakuan yang bertentangan dengan prinsip Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Malaysia.

Ia susulan Ahli Parlimen Segambut itu gagal dalam saman fitnahnya terhadap bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin menggesa Anwar untuk mengambil tindakan tegas agar memastikan keharmonian antara agama di Malaysia terpelihara.

“Gugurkan Hannah dari jawatan awam atas pengakuannya yang bertentangan dengan prinsip Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Malaysia.

“Selain itu, perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap Hannah dan penerbit buku ‘Becoming Hannah’ yang mengandungi unsur penyebaran agama Kristian secara halus dengan peruntukan undang-undang Malaysia berkaitan penyebaran agama kepada umat Islam.

“Tindakan tegas ini perlu diambil untuk memastikan keharmonian antara agama di Malaysia terpelihara dan undang-undang negara dihormati oleh semua pihak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah berkata, Bersatu ingin menyembah perkara ini
kepada pengetahuan dan perhatian Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu dan Majlis Raja-raja.

“Ini dengan memohon pertimbangan agar suatu tindakan tegas dapat diambil ke atas Hannah dan semua pihak yang terlibat dalam gerakan evangelism seperti yang didedahkan oleh Musa,” katanya.

Kelmarin, Pesuruhjaya Kehakiman, Arziah Mohamed Apandi dalam penghakiman ringkasnya menyatakan Hannah atau nama penuhnya, Yeoh Tseow Suan gagal membuktikan bahawa kenyataan yang dibuat Musa dalam satu forum empat tahun lalu memfitnahnya.

Arziah mendapati bahawa kenyataan Musa tidak bersifat fitnah dan bahawa Hannah sendiri, melalui bukunya ‘Becoming Hannah’, mengakui peranannya sebagai ‘duta Tuhan’ dan usaha menyebarkan ajaran Kristian secara halus di Malaysia.

Dalam bukunya, Hannah menyatakan bahawa beliau kembali ke Malaysia sebagai ‘Ambassador of God’ dengan niat menyebarkan ‘ajaran Tuhannya’ melalui penglibatan dalam politik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya