Berita palsu: Sheila Majid minta dalang segera ditangkap - Utusan Malaysia

Berita palsu: Sheila Majid minta dalang segera ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Datuk Sheila Majid, 59, menyifatkan berita palsu membabitkannya yang tular di media sosial baru-baru ini sebagai tindakan jahat dan melampau.

Sheila yang berkongsi perkara itu di Instagram, berharap si pelaku segara dikenal pasti dan ditangkap.

“Astagfirullahalazim…ini jahat.

“Apa matlamat dia ini? Cuba bagi tahu.

“@skmm_mcmc boleh tangkap penipu-penipu ini? Sudah semakin melampau!” tegasnya.

Penyanyi lagu Ku Mohon itu dalam berita palsu tersebut didakwa diberkas polis kerana kenyataan tentang peluang ekonomi untuk masyarakat.

Nasib menimpa penyanyi tersohor negara itu mencuri perhatian rakan selebriti antaranya penyanyi Anuar Zain yang berang dengan tindakan tidak bertamadun itu.

“Subhanallah… tak ada kerja mereka ini!” tulisnya dalam ruangan komen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN