Beri penjelasan kes bayi terjatuh

Jabatan Kesihatan Terengganu diminta beri penjelasan kes bayi terjatuh

MUHAMMAD Syarifuddin Manan (tengah) menunjukkan laporan polis dan gambar kecederaan bayinya di Ibu Pejabat Polis  Kuala Terengganu. - UTUSAN/ KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri telah meminta laporan lengkap daripada Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) berhubung dakwaan kes kecuaian terhadap seorang bayi perempuan berusia dua hari, November lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Perumahan dan Kesihatan Negeri, Datuk Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, buat masa ini pihaknya masih menunggu laporan tersebut.

“Kita perlu meneliti laporan dengan lebih terperinci sebelum mengambil apa-apa tindakan susulan. JKNT sudah dimaklumkan mengenai perkara ini dan kita tunggu sahaja laporan yang bakal diberi nanti,” katanya hari ini,

Khamis lalu, seorang bapa melahirkan rasa terkilan dan kecewa apabila bayinya yang berusia dua hari didakwa terjatuh dari katil hospital pada 17 November lepas.

Akibat kejadian itu, bayi sulungnya itu kerap mengalami sawan dan dimasukkan ke hospital beberapa kali untuk menerima rawatan.

Susulan itu, Muhammad Syarifuddin Manan, 24, tampil membuat laporan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu di sini agar tindakan lanjut dapat diambil terhadap pihak pengurusan hospital yang didakwanya cuai dalam insiden tersebut. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya