Berdepan banjir termenung, gelombang kedua pula diramal datang

Berdepan banjir termenung, gelombang kedua pula diramal datang

ZAKARIA Ismail menunjukkan keadaan rumahnya yang masih ditenggelami air banjir di Kampung Nyatoh, Setiu, Terengganu. - UTUSAN / WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU: Kawasan rumah masih digenangi air, sebahagian penduduk di Kampung Nyatoh di sini, risau gelombang kedua banjir pula akan melanda yang memaksa mereka berada lebih lama di pusat pemindahan banjir (PPS) dan membersihkan rumah berulang kali.

Seorang mangsa banjir, Zakaria Ismail, 77, berkata, ketika ini kawasan rumahnya masih ditenggelami air kira-kira 0.5 meter meskipun kebanyakan kawasan di daerah ini kembali pulih daripada banjir.

“Kawasan Kampung Nyatuh adalah kawasan terakhir dinaiki air dan paling lama berdepan banjir termenung setiap kali musim bah.

“Rumah belum siap dicuci tetapi gelombang kedua pula diramal berlaku. Saya sudah lebih 50 tahun menjadi mangsa banjir, ‘penat’ apabila perlu mencuci rumah setiap kali gelombang banjir,” katanya semalam.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Che Abu Che Jantan, 59, berkata, ketika ini dia merupakan antara mangsa paling lama berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kampung Nyatoh.

“Rumah saya dinaiki air kira-kira dua meter dan setiap tahun boleh dikatakan saya adalah mangsa pertama yang berdaftar di PPS apabila air di kawasan Kampung Nyatoh ini naik.

“Tetapi saya juga orang yang terakhir dapat balik ke rumah apabila air surut dan ketika ini saya telah berada di PPS hampir seminggu,” katanya.

Sekiranya minggu depan banjir kembali melanda Che Abu, berkemungkinan kembali menjadi penghuni PPS.

Terdahulu, negeri-negeri di Pantai Timur diramal mengalami banjir gelombang kedua bermula 8 hingga 14 Disember ini berikutan luruan monsun yang membawa hujan lebat serta angin kencang.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya