Belanja RM72.1 juta baiki 29 kejadian cerun runtuh akibat Monsun Timur Laut

Belanja RM72.1 juta baiki 29 kejadian cerun runtuh akibat Monsun Timur Laut

AHMAD Maslan semasa sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Negara, hari ini. - JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 29 kejadian cerun runtuh melanda enam negeri sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL) ketika ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, jumlah tersebut adalah laporan yang dikeluarkan oleh Bilik Gerakan Bencana (BigBen) yang diuruskan oleh Jabatan Kerja Raya.

Katanya, bagi membaiki runtuhan cerun di enam negeri itu, kerajaan telah memperuntukkan RM72.1 juta.

“Mengikut laporan daripada Bilik Gerakan Bencana, di Kedah terdapat dua bilangan cerun runtuh, Kelantan lima, Negeri sembilan lima, Perak 11 cerun, Selangor satu cerun, manakala Terengganu lima kejadian runtuhan cerun akibat Monsun Timur Laut.

“Kos kerajaan terpaksa keluarkan untuk membaiki cerun runtuh ini, di Kedah RM3.5 juta, Kelantan (RM7.5 juta), Negeri Sembilan (RM2 juta), Perak (RM47 juta), ia termasuk jalan ke Cameron Highland, Selangor (RM1.5 juta dan Terengganu (RM10.6 juta),” katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Senator Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang bertanyakan jumlah cerun yang runtuh akibat MTL ketika ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya