Bekas akauntan didakwa pecah amanah wang syarikat RM200,000

Bekas akauntan didakwa pecah amanah wang syarikat RM200,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang bekas akauntan syarikat pengeluar pakaian mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini di atas pertuduhan pecah amanah wang syarikat, tahun lalu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh, Siti Nur Aisyah Ismail, 33, didakwa melakukan pecah amanah wang hasil jualan syarikat berjumlah RM206,222.24 dengan memindahkan wang milik syarikat itu ke dalam akaun bank miliknya bagi kegunaan peribadi di sebuah premis di Jalan Chempenai, Bukit Damansara di sini antara 19 Januari 2023 dan 12 Mac 2024.

Wanita itu didakwa di bawah Seksyen Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dengan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Atiqa Nazihah Azmi mencadangkan jaminan sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan.

“Syarat tambahan yang dicadangkan oleh pihak pendakwa kepada tertuduh ialah tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali dan menyerahkan pasport ke mahkamah sehingga kes selesai,” kata Atiqa Nazihan.

Bagaimanapun, peguam bela, Mariana Osman yang mewakili Siti Nur Aisyah memohon jaminan yang minimum.

“Anak guam saya tidak bekerja dan tidak mempunyai pendapatan yang tetap buat ketika ini. Sekiranya dikenakan jaminan yang tinggi, saya yakin anak guam saya tidak mampu untuk membayar wang jaminan tersebut,” kata Mariana.

Hakim Mohd Kafli Che Ali membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan seperti dipohon pihak pendakwaan dan menetapkan 16 Januari 2025 untuk sebutan semula kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya