Bekas ADUN Mahkota meninggal dunia

Bekas ADUN Mahkota meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota bagi penggal 2018-2022, Muhammad Said Jonit meninggal dunia pagi ini. 

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7 pagi di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), di sini akibat serangan angin ahmar kira-kira dua minggu lalu.

Perkhabaran duka itu dikongsikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor, Aminolhuda Hassan menerusi aplikasi WhatsApp.

“Jenazah dijangka dibawa ke kampung halaman di Simpang Renggam dan akan dikebumikan selepas solat Asar,” katanya. 

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), calon Parti Amanah Negara (Amanah) yang menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu memenangi kerusi DUN Mahkota, menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Md. Jais Sarday dan calon Pas, Hasbullah Najib dengan majoriti 1,668 undi.

Allahyarham yang menyertai PKR kemudian dipilih menjadi Timbalan Ketua Cabang Keadilan Simpang Renggam dan Ahli Majlis Pimpinan PKR negeri.

Berita pemergian Muhammad Said turut dikongsikan beberapa pemimpin PH Johor, antaranya Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya