Bekalan kelapa kurang, santan naik harga

Bekalan kelapa kurang, santan naik harga

NURULAIN Mohamad membungkus santan segar di kedai runcitnya di Kota Bharu, Kelantan.- UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Peniaga santan di negeri ini resah kerana bekalan kelapa termasuk yang diimport dari Indonesia berkurangan sekali gus menjejaskan perniagaan mereka sejak dua bulan lalu.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, ketika ini santan segar seberat satu kilogram dijual antara RM14 hingga RM18 bergantung kepada peniaga.

Seorang peniaga santan segar, Nurulain Mohamad, 58, berkata, kesukaran mendapatkan bekalan kelapa sejak kebelakangan ini menyebabkan dia terpaksa mengehadkan jualan santan selain harga menjadi mahal.

Katanya, situasi semakin meresahkan apabila pembekal bahan mentah dari Bachok turut terputus bekalan kelapa.

“Sebelum ini saya mendapatkan 1,000 biji kelapa yang diimport dari Indonesia, namun sekarang tidak lagi. Saya hanya boleh membelinya sekitar 500 biji kelapa dengan harga sebiji RM3.20,” katanya ketika ditemui di kedai runcitnya di Jalan Kubang Pasu di sini, semalam.

Nurulain memberitahu, pada masa sama, dia berdepan kesukaran jika pelanggan mahu membeli dengan kuantiti sedikit iaitu RM2 atau RM3 kerana bahan mentah itu sudah ditempah oleh pengusaha kuih dan nasi berlauk.

Katanya, jika situasi itu berterusan berkemungkinan besar dia terpaksa ‘berehat’ meniaga santan buat seketika.

Seorang lagi peniaga, Ismail, 35, mengakui perniagaannya terjejas kerana masalah itu masih lagi berlaku.

Dia berharap pihak berkaitan dapat membantu mengatasi masalah yang dihadapi peniaga santan segar kerana ia juga merupakan salah satu sumber pendapatan utama keluarganya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya