Beberapa kawasan di Tanah Merah, Kuala Krai dinaiki air

Beberapa kawasan di Tanah Merah, Kuala Krai dinaiki air

ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam (APM) melakukan pemantauan di kawasan yang mula dinaiki air di Tanah Merah, Kelantan. - IHSAN APM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Beberapa kawasan di daerah Tanah Merah dan Kuala Krai, dekat sini mula dinaiki air petang ini susulan hujan lebat sejak pagi ini.

Antara kawasan di Tanah Merah yang mula dinaiki air ialah di Bendang Nyiur, Kelewek, Batu Gajah, Manal, Gual Ipoh, Manal, Barol Pial, Batu 8, Batu 5, Batang Merbau, Jedok Tua dan Felda Kemahang manakala di Kuala Krai pula membabitkan beberapa kawasan di Bukit Sireh, Lubuk Simpul dan Keroh.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri, Kolonel (PA) Mohd Adzhar Mujab berkata, setakat ini pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Lawang, Tanah Merah mula dibuka untuk mangsa banjir.

Katanya, PPS yang dibuka pada 1.30 petang ini menempatkan sejumlah 13 mangsa daripada enam keluarga.

“Banjir ini berpunca daripada hujan lebat yang luar biasa di sekitar Tanah Merah dan Kuala Krai sejak pagi tadi.

“Penduduk diingatkan supaya berpindah PPS serta ke tempat yang lebih selamat sekiranya paras air semakin meningkat yang boleh mengakibatkan bahaya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya