Bayi pramatang derita penyakit jantung perlu dana RM90,000

Bayi pramatang derita penyakit jantung perlu dana RM90,000

MOHD. Faiz Fakrumie (kiri) bersama isteri, Norazlini Mohd Nor (dua dari kiri) dan anak perempuan mereka menunjukkan gambar Muhammad Ammar Arfan ketika datang ke pejabat One Hope Charity and Welfare di Bukit Mertajam, Pulau Pinang baru-baru ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM : Seorang bayi lelaki berusia dua bulan yang menderita akibat penyakit jantung kongenital kini memerlukan dana segera sebanyak RM90,000 daripada orang ramai bagi membolehkan menjalani pembedahan jantung.

Selain mempunyai masalah jantung, bayi tersebut iaitu Muhammad Ammar Arfan Mohd Faiz Fakrumie juga merupakan bayi pramatang kerana dia dilahirkan pada usia kandungan ibunya 35 bulan dengan berat 1.7 kilogram (kg) menerusi kaedah pembedahan Caesarean.

Pengerusi badan amal One Hope Charity and Welfare, Datuk Chua Sui Hau berkata, disebabkan kekangan itu, Muhammad Ammar Arfan terpaksa ditempatkan di dalam inkubator dan perlu bergantung kepada alat bantuan oksigen sebelum dia mengalami sinosis atau badan kebiruan semasa berusia sebulan.

“Selepas pemeriksaan terperinci dijalankan, bayi itu akhirnya diagnosis dengan masalah jantung jarang berlaku dikenali sebagai ‘total anomalous pulmonary venous drainage’ (TAPVD).

“Justeru, jika pembedahan tidak dibuat pada masa terdekat, bayi itu tidak akan dapat bertahan dan penyakit ini boleh meragut nyawanya,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Sui Hau, pembedahan Muhammad Ammar Arfan sepatutnya perlu dibuat semasa beratnya mencecah 3.5 kg.

“Tetapi, kerana keadaan semakin teruk dan mendesak, dia akan menjalani pembedahan segera di sebuah hospital biarpun hanya dengan berat kini iaitu 2.5 kg,” katanya.

Tambah beliau, keluarga Muhammad Ammar Arfan amat berharap orang ramai dapat menyumbangkan dana berjumlah RM90,000 agar pembedahan itu dapat direalisasikan secepat mungkin iaitu seawal minggu ini juga.

“Bapanya, Mohd Faiz Fakrumie, 33, merupakan seorang juruteknik gentian optik dan ibunya, Norazlini Mohd Nor, 33, seorang suri rumah. Pasangan ini juga mempunyai seorang lagi anak perempuan berusia tiga tahun,” katanya yang memberitahu, mereka tidak mampu mengumpul dana itu sendirian.

Sehubungan itu, Sui Hau berkata, orang ramai yang berhasrat untuk menghulurkan bantuan, boleh berbuat demikian menerusi akaun Public Bank Berhad atas nama One Hope Charity & Welfare (nombor akaun: 3201428817) atau layari onehopecharity.org atau menghubungi talian 045399212, 0164192192, 0192322192, 0189114192 untuk maklumat lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya