Bayi lelaki usia 19 hari maut, bayi perempuan koma terbabit nahas

Bayi lelaki usia 19 hari maut, bayi perempuan koma terbabit nahas

Keadaan kenderaan yang terbabit nahas mengorbankan nyawa bayi lelaki berusia 19 tahun ketika mendapatkan rawatan di HTJ selepas terbabit nahas di kilometer 3.8, Jalan Kampung Batu-Inas, dekat Bukit Miku, pagi tadi. - IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Seorang bayi lelaki berusia 19 hari disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban selepas tujuh jam bertarung nyawa terbabit nahas di kilometer 3.8, Jalan Kampung Batu-Inas, dekat Bukit Miku, pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Azmi Ali berkata, dalam kemalangan kira-kira pukul 7.50 pagi itu, bayi berkenaan, Muhammad Adryan Qhalish Muhammad Adzril yang merupakan penumpang hadapan kenderaan mengalami pendarahan di bahagian otak dan dimaklumkan meninggal dunia pada pukul 3.43 petang.

Selain itu, kata beliau, kakak bayi berkenaan, Putri Eshal Muhammad Adzril berusia sembilan bulan yang merupakan penumpang tempat duduk belakang kini masih dalam keadaan koma susulan pendarahan di bahagian otak dan dirawat di hospital yang sama.

“Berdasarkan siasatan, ketika kejadian, ibu mangsa berusia 39 tahun dalam perjalanan dari arah Inas ke Sekolah Kebangsaan Kampung Batu bagi menghantar tiga lagi anak perempuannya yang lain berusia 11 tahun dan pasangan kembar 10 tahun menaiki kenderaan jenis Perodua Alza.

“Bagaimanapun, apabila sampai di tempat kejadian iaitu di kawasan selekoh dan cerun, pemandu telah hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan sebelah kanan.

“Akibat dari kemalangan tersebut, si ibu mengalami kecederaan pada bahagian bahu dan lima anaknya turut mengalami kecederaan serta dikejarkan ke Hospital Rembau untuk menerima rawatan lanjut,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Azmi berkata, tiga kanak-kanak yang lain pula mengalami kecederaan lebam di kepala dan telah mendapatkan rawatan di Hospital Rembau.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya