Bateriku.Com, CAM Malaysia wujud sistem sokongan kenderaan komersial EV 

Bateriku.Com, CAM Malaysia wujud sistem sokongan kenderaan komersial EV 

Azarol Faizi (kiri) dan Gwee Chin Li pada majlis menandatangani MOA antara kedua pihak, semalam. - UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pengeluar bateri automotif, Bateriku (M) Sdn. Bhd. dan anak syarikat Sendok Group, CAM (R&A Marketing Sdn. Bhd.) menjalin kerjasama strategik melalui Memorandum Perjanjian (MOA) yang dimeterai kedua pihak untuk menyediakan khidmat sokongan kenderaan komersial ringan CAM. 

R&A Marketing adalah pengedar kenderaan komersial ringan CAM, merangkumi van, bas mini, lori ringan, kenderaan tujuan khas serta barisan kenderaan komersial elektrik di bawah jenama CAM EV. 

Menerusi MOA tersebut, Bateriku.com menjadi penyedia penyelesaian bantuan tepi jalan menyediakan sistem sokongan kerosakan kenderaan sepanjang masa untuk kenderaan enjin yang berfungsi secara pembakaran (I.C.E), hibrid dan elektrik. 

Ketua Pegawai Eksekutif Bateriku.com, Azarol Faizi Zakaria Ansari berkata, dengan kepakaran CAM yang kukuh dan perkongsian platform ekonomi pihaknya yang boleh dikembangkan, ia sekaligus menetapkan piawaian baharu untuk kemudahan dan kecekapan dalam industri sokongan penyenggaraan kenderaan. 

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada CAM (Sendok Group) atas kepercayaan mereka terhadap perkhidmatan kami. Kerjasama ini mencerminkan komitmen bersama kami untuk meningkatkan pengalaman pelanggan melalui penyelesaian automotif yang inovatif dan mampan,” katanya selepas majlis menandatangani MOA tersebut di Podium Bateriku.com di Bukit Jelutong di sini, semalam. 

Azarol Faizi berkata, menerusi kerjasama tersebut, pelanggan CAM boleh menikmati sokongan selepas jualan yang lancar dengan bantuan kerosakan sepanjang masa melalui Pusat Hubungan 24/7/365 Bateriku.com dan juruteknik gig mudah alih terlatih di seluruh negara, BHero. 

Jelasnya lagi, perkhidmatan tersebut menawarkan bantuan tepi jalan secara ‘on-site’ dan ‘on-demand’, termasuk ‘jumpstart’, penggantian bateri, perkhidmatan tayar dan tunda pada bila-bila masa dan di mana sahaja. 

“Pelantikan Bateriku.com sebagai penyedia perkhidmatan strategik CAM turut memperkenalkan tawaran inovatif seperti perkhidmatan penggantian bateri di lokasi, serta perkhidmatan jemput dan hantar kenderaan berjadual untuk CAM menggunakan ekosistem bengkel Bateriku.com. 

“Ekosistem ini termasuk perniagaan yang telah kukuh seperti Petronas AutoExpert dan Bengkel Mannol. 

“Inisiatif ini selaras dengan permintaan yang semakin meningkat untuk penyelesaian automotif tanpa kerumitan yang akhirnya dapat mengurangkan kos dan meningkatkan kecekapan bagi perniagaan automotif korporat,” katanya. 

Sementara itu, Pengurus Kanan CAM (Sendok Group), Gwee Chin Li  berkata, sepanjang tahun ini pihaknya telah menjalankan beberapa program perintis sokongan selepas jualan bersama Bateriku.com merangkumi perkhidmatan bantuan tepi jalan secara ‘on-site’ dan ‘on-demand’ serta perkhidmatan jemput dan hantar yang inovatif. 

“Kerjasama strategik ini dijangka menjana pertumbuhan pendapatan yang signifikan, dengan tambahan permintaan perkhidmatan tahunan dianggarkan sebanyak 3,000 hingga 4,000 kenderaan. 

“Tawaran perkhidmatan yang dipertingkatkan ini akan mengukuhkan kedudukan pasaran CAM sambil memperluaskan capaian Bateriku.com melalui rangkaian BHero dan Bpreneur di seluruh negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya