Bas persiaran terbalik, lapan penumpang cedera

Bas persiaran terbalik, lapan penumpang cedera

BAS persiaran terbalik menyebabkan lapan penumpang cedera dalam kemalangan berhampiran Kampung Luanti Baru, Ranau hari ini-IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANAU: Lapan penumpang mengalami kecederaan dalam kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran yang terbabas sendiri lalu terbalik di bahu jalan berhampiran Kampung Luanti Baru, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, lapan daripada 23 orang penumpang termasuk pembantu pemandu cedera dalam kemalangan tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd. Taib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan bas persiaran itu kira-kira pukul 2.14 petang dan sepasukan tujuh pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak pada jarak 18 kilometer dari BBP.

Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, didapati lapan daripada 23 penumpang termasuk pembantu pemandu yang berusia antara 47 hingga 68 tahun cedera dalam kemalangan berkenaan.

“Pasukan bomba bertindak memberikan rawatan awal bersama-sama anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kesemua mangsa yang terdiri daripada empat lelaki dan empat wanita dewasa dihantar ke Hospital Ranau menggunakan dua buah ambulans KKM untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud operasi ditamatkan pada pukul 3.15 petang. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya