Bapa tidak mengaku bersetubuh, amang seksual anak kandung

Bapa tidak mengaku bersetubuh, amang seksual anak kandung

PENGAWAL keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar, hari ini atas pertuduhan melakukan persetubuhan dan amang seksual terhadap anak kandungnya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR: Seorang pengawal keselamatan berdepan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan apabila dituduh di Mahkamah Seksyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan sumbang mahram dengan anak kandungnya di sebuah rumah di Lenggong, tahun lalu.

Tertuduh berusia 52 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada sembilan anak itu didakwa melakukan persetubuhan dengan anak perempuan berusia 15 tahun di mana perhubungan itu adalah tidak dibenarkan di bawah undang-undang yang terpakai untuk berkahwin dengan kanak-kanak itu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut di dalam bilik di sebuah rumah di Kampung Lata Papan Kuak, dalam daerah Hulu Perak pada waktu petang, sekitar November 2023.

Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih daripada 30 tahun dan dikenakan sebatan.

Pada prosiding sama, tertuduh turut mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anaknya dengan cara memegang payudara di lokasi sama pada April lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Firdaus Nor Azlan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM30,000 bagi kedua-dua pertuduhan beserta syarat tambahan tidak dibenarkan mengganggu dan tinggal bersama mangsa.

Tarikh sebutan semula ditetapkan pada 6 Januari depan untuk lantikan peguam dan laporan perubatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya