'Bantuan RM1,000, belanja susu khas RM1,100'

‘Bantuan RM1,000, belanja susu khas RM1,100’

SHAPIDAH SAHED tanpa jemu menguruskan anaknya Mohd Zaki Hanapi yang terlantar sejak tujuh tahun lalu selepas terlibat dalam kemalangan motosikal - UTUSAN/ADNAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: “Bantuan diterima daripada Jabatan Kemajuan Malaysia (JKM) dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) berjumlah RM1,000 namun perbelanjaan untuk membeli susu khas kepada anak saya RM1,100 sebulan”. 

Itu antara rintihan Shapidah Sahed, 49, berkaitan pengurusan terkini anaknya Mohd Zaki Hanapi, 23, yang koma akibat kemalangan motosikal ketika berusia 16 tahun. 

Katanya, perbelanjaan itu tidak termasuk untuk pembelian picagari, lampin pakai buang serta pengurusan perubatan anak sulung daripada dua beradik itu selain keperluan dapur dia dan anak bongsunya. 

“Untuk menambah keperluan perbelanjaan itu, saya menjual kuih muih sejuk beku selain sarapan pagi namun pendapatannya boleh dikira dengan jari terutama ketika hari hujan. 

“Selain itu, bantuan daripada anak yang bekerja sebagai penghantar makanan sedikit sebanyak boleh membantu walaupun kekadang terpaksa mengikat perut,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di rumahnya di Taman Orked di sini hari ini.

Shapidah dalam pada itu pasrah dengan kehidupan anak sulungnya itu walaupun telah terlantar sejak tujuh tahun lalu dan tiada tanda-tanda akan kembali sembuh seperti biasa. 

Dia turut melahirkan ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang telah menguruskan pemindahan wang daripada akaun anaknya ke dalam akaun bank miliknya minggu lalu. 

Ujarnya, jumlah RM3,000 daripada simpanan anaknya sejak kecil itu akan digunakan secara berdikit-dikit bagi menampung keperluan perubatannya pada masa hadapan. 

Orang ramai yang ingin menyumbang kepada keluarga ini boleh berhubung terus ditalian 011-5172 8056 atau menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank 151061131296. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya