Bank Rakyat lanjut kempen pembiayaan peribadi

Bank Rakyat lanjut kempen pembiayaan peribadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bank Rakyat melanjutkan Kempen Mega Pembiayaan Peribadi-i bermula dari 1 Disember sehingga 28 Februari 2025 susulan sambutan luar biasa dan permintaan yang tinggi daripada pelanggan.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Ahmad Shahril Mohd Shariff berkata, kempen Fasa Pertama berlangsung pada 1 September dan tamat pada 30 November 2024.

Katanya, sebagai bank koperasi Islam, Bank Rakyat sentiasa berusaha untuk menyediakan perkhidmatan kewangan yang inklusif, memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat peluang untuk mencapai kesejahteraan kewangan.

“Menerusi kempen ini, pelanggan berpeluang membawa pulang hadiah lumayan bernilai lebih RM400,000, termasuk sebuah kereta elektrik BYD Atto 3, sebuah motosikal BMW, serta pakej umrah atau pelancongan untuk dua orang, manakala hadiah lain termasuk iPhone, motosikal Modenas, iPad, 5 gram wafer emas dan Akaun Pelaburan-i Rizq Plus bernilai RM1,000,” katanya dalam kenyataan.

Pemenang kempen itu bagi Fasa Pertama (1 September sehingga 30 November 2024) akan diumumkan pada Disember 2024 dan pelanggan dinasihatkan untuk mengikuti saluran media sosial Bank Rakyat untuk maklumat lanjut mengenai senarai pemenang.

Selain itu, Bank Rakyat menyeru orang ramai untuk mengambil peluang Kempen Emas 2 Kilo yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah dua kilogram emas bagi Pembiayaan Pajak Gadai-i yang akan berakhir 31 Disember ini.

Pelanggan Kad Kredit-i pula berpeluang untuk memenangi Pakej Percutian bernilai RM20,000, MacBook Pro, Dyson Hair Dryer dan lain-lain dengan pembelian emas melalui Kempen Gold Fest yang akan berakhir pada 31 Disember ini.

Dalam pada itu, Bank Rakyat menerusi Akaun Pelaburan-i Rizq Plus menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM5.8 juta untuk dimenangi.

Pencarian Jutawan Kedua Akaun Pelaburan-i Rizq Plus akan dilakukan pada Januari 2025.

Kelayakan cabutan bagi hadiah wang tunai bernilai RM1 juta adalah dengan mengekalkan baki purata bulanan dalam Akaun Pelaburan-i Rizq Plus sebanyak RM5,000 pada 31 Disember 2024.

Bank Rakyat dalam masa yang sama bakal menganjurkan Muslimah Fest, bermula 20 hingga 22 Disember 2024, bertempat di Midvalley Exhibition Centre (MVEC) Kuala Lumpur.

Terdapat lebih 70 jenama dan rakan dagang pakaian Muslimah Bank Rakyat akan berada di sana dan menawarkan promosi menarik, termasuklah ROCKQUEEN, Sharaothman, Lreana.scarves, Alhumaira, Fiziwoo, Bayu Somerset, SofeaRose, Nabila Razali MY, Qaira Hijab.

Selain itu, antara aktiviti lain yang akan diadakan adalah tutorial solekan, program mewarna Nuri, forum perkongsian usahawan bersama Mila Jirin.

Pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah harian menarik di sana seperti wafer emas, barang kemas Habib, baucar beli-belah, kad petrol bernilai RM100 serta botol air jenama Montigo.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya