Banjir: TNB tutup bekalan 15 pencawang elektrik di Terengganu 

Banjir: TNB tutup bekalan 15 pencawang elektrik di Terengganu 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Tenaga Nasional Berhad (TNB) memutuskan bekalan elektrik di 15 kawasan melibatkan tiga daerah di negeri ini demi keselamatan penduduk yang terjejas banjir. 

TNB menerusi laman Facebooknya memaklumkan, 15 pencawang elektrik (PE) di semua kawasan itu ditutup sementara kerana kawasan terlibat masih dinaiki air. 

Katanya, di Kuala Terengganu, pencawang elektrik yang ditutup ialah Wisma TG Ramly, Tepoh, Sungai Ikan, Lingai Bata, Kilang Bata Permint, Pengkalan Gelugor dan Ladang Sentosa.

“Tujuh lagi pencawang elektrik dihentikan bekalan di Dungun iaitu Sekolah Kebangsaan Durian Mentangau, Rumah Pam Durian Mentangau, Kampung Air Hitam, perumahan Balai Besar, Kampung Papan, Kampung Pak Suri dan di H-Pole Keliyu.

 “Selain itu, pencawang elektrik di Kem Panji Alam masih dihentikan bekalan setakat ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya