Banjir: RM16 juta baik pulih jalan Persekutuan

Banjir: RM16 juta baik pulih jalan Persekutuan

SITUASI banjir di Kelantan makin meruncing menyaksikan  82,256 mangsa sedang berlindung di 279 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 8 pagi tadi-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan memerlukan sebanyak RM16 juta untuk membaik pulih jalan Persekutuan di negeri yang rosak akibat banjir yang melanda sejak Isnin lalu.

Timbalan Menteri Kerjaya Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, anggaran awal itu melibatkan jalan runtuh, mendap dan bahu jalan rosak.

“Bagi jalan negeri pula, kita perlukan kos untuk baik pulih bagi kerosakan yang sama seperti jalan persekutuan berjumlah RM6.5 juta.

“Setakat ini Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan mengesan lapan kejadian tanah runtuh, dua bahu jalan rosak dan dua tanah mendap melibatkan jalan persekutuan,” katanya dalam sidang akhbar selepas mendengar taklimat di Pejabat JKR Kelantan, di sini semalam.

Ahmad memberitahu, segala maklumat diperoleh akan dilaporkan segera kepada Kementerian Kewangan serta Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) supaya peruntukan dapat diberikan secepat mungkin.

Katanya, kerja baik pulih semua kerosakan terbabit perlu juga mengambil kira faktor musim tengkujuh akan melibat beberapa siri gelombang hujan dan banjir.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, bencana banjir tidak menjejaskan perjalanan projek-projek berskala besar dilaksanakan JKR di negeri ni termasuk pembinaan Lebuhraya Lingakaran Tengah Utama (LTU), Kota Bharu- Kuala Krai (KB-KK) dan Kuala Krai-Gua Musang (KK-G

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya