Banjir: NGO digesa  jadi mata, telinga kerajaan 

Banjir: NGO digesa  jadi mata, telinga kerajaan 

AHLI KSSKJ bergambar bersama Ahmad Maslan dalam satu majlis baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Setiap aktiviti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu berperanan sebagai mata dan telinga bagi menyalurkan maklumat permasalahan rakyat kepada kerajaan termasuk dalam isu banjir.

Pengerusi Kelab Sahabat Setia Kelana Jaya (KSSKJ) , Datuk Azman Shah Abdullah berkata, NGO juga perlu turut bersama memainkan peranan aktif dalam membantu pihak agensi  berkaitan dan bukan sekadar tempat berkumpul sesama ahli.

Katanya, pihaknya kini memberi tumpuan bagi mendampingi komuniti khususnya B40 dan warga yang kurang bernasib baik di beberapa kawasan termasuk Petaling Jaya.

“Namun salah satu misi utama kelab adalah ‘treasure hunt’ melibatkan lima negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Pahang di mana kita bukan sahaja memberi sumbangan kebajikan tetapi memberikan peluang kepada ahli berinteraksi dan menjalin hubungan lebih erat dengan komuniti setempat.

“Pada masa sama, keprihatinan kelab juga terbukti sejak program Touch Heart 2021 yang menyokong mangsa-mangsa yang terkesan akibat pandemik Covid-19 serta misi bantuan banjir di Taman Tun Dr Ismail an Hulu Langat,” katanya pada Majlis Makan Malam KSSKJ baru-baru ini.

KSSKJ ditubuh bermula pada tahun 1995 dengan nama Kelab Sukan & Rekreasi Subang. Pada tahun 2014, kelab itu diberi nafas baharu dengan nama Kelab Penyokong Barisan Nasional (BN) Kelana Jaya.

Dalam pada itu Azman Shah berkata, kelab juga menganjurkan lawatan sambil belajar ke luar negara khususnya negara jiran dengan memberi peluang kepada ahli-menjadi duta kecil Malaysia dengan mengembangkan wawasan dan pengetahuan mereka serta berkongsi kebaikan kerajaan.

“Tanpa komitmen dan kerjasama daripada semua ahli, kelab ini tidak akan dapat mencapai matlamat dan visi yang telah digariskan. Tetapi apabila semua bekerja sebagai satu pasukan, tiada yang mustahil untuk dicapai,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya